SOALAN LAZIM (FAQ):

1. Q : Bagaimana cara untuk saya mendapatkan sebut harga daripada laman web ini?
A : Sila pastikan anda mengisi maklumat yang di minta, pihak kami akan menghubungi anda melalui system aplikasi Whatsapp ataupun email.

2. Q : Bolehkah pihak www.halimhazim.com menghantar insurans & cukai jalan saya jika saya di luar kawasan Johor Bahru?.
A : Boleh! Kami akan menghantar insurans & cukai jalan anda menggunakan perkhidmatan kurier pilihan kami.

3. Q : Bolehkah saya hendak memperbaharui insurans kenderaan saya sahaja tanpa cukai jalan bersama www.halimhazim.com?.
A : Boleh! Anda hanya perlu perbaharui cukai jalan anda di pejabat pos berhampiran ataupun di mana-mana cawangan JPJ berhampiran dengan anda.

4. Q : Apakah pilihan syarikat insurans yang ditawarkan di www.halimhazim.com ini?.
A : Kami merupakan wakil insurans kepada syarikat insurans yang terkemuka seperti
Kurnia
Zurich Takaful
Liberty Insurance
Takaful Malaysia
Etiqa Takaful

5. Q : Bagaimana jika saya tersalah mengisi maklumat peribadi seperti alamat kediaman selepas polisi insurans sudah diperolehi?
A : Kami akan membantu menguruskan dokumen endorsemen kepada pihak syarikat insurans dan akan mengambil masa 7 – 14 hari masa bekerja.

6. Q : Apakah masa untuk saya mendapatkan sebut harga daripada www.halimhazim.com?
A : Ahad – Jumaat: 9.00am – 5.30pm
     Sabtu : 9.00am – 5.00pm

7. Q : Adakah saya layak untuk menerima perkhidmatan selepas saya berurusan dengan www.halimhazim.com?
A : Layak! Kami akan membantu anda sepanjang proses tuntutan akibat daripada kemalangan dan juga perkhidmatan tunda.