DASAR PRIVASI (PRIVACY POLICY)

Selamat Datang ke laman digital Perniagaan Halim Hazim.

Perniagaan Halim Hazim (“kami”) bertanggungjawab mengendali dan beroperasi di laman digital www.halimhazim.com.

Dasar Privasi kami membantu anda sepanjang anda di laman digital kami di www.halimhazim.com, bertujuan untuk kami mengumpul maklumat, melindungi maklumat dan mendedahkan maklumat yang diperolehi daripada pihak anda.

Kami menggunakan maklumat dan data anda terhad kepada proses menyediakan polisi insurans, pengiraan insurans dan pengiklanan oleh pihak kami pada masa hadapan. Dengan menggunakan laman digital kami, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat sesuai dengan dasar ini.

Jenis maklumat yang diperolehi oleh pihak kami sepanjang anda menggunakan laman digital kami:

Maklumat peribadi  seperti nombor pendaftaran kenderaan, nombor kad pengenalan identiti,  alamat emel, nama penuh, nombor telefon, alamat yang lengkap (Negeri, Wilayah, Poskod, Bandar & sebagainya).

Penggunaan kamera. Bertujuan untuk menangkap gambar polisi insurans yang terdahulu ataupun geran (VOC) kenderaan pelanggan.

Penggunaan maklumat yang diperolehi bertujuan:

  1. Untuk menyediakan dan mengekalkan Perkhidmatan kami;
  2. Untuk memberi sokongan pelanggan;
  3. Untuk memberitahu anda mengenai perubahan pada Perkhidmatan kami;
  4. Untuk melaksanakan kewajipan kami dan melindungi hak kami jika timbul sebarang masalah dari kontrak yang dibuat antara anda dan kami.
  5. Untuk memberi anda notis pembaharuan insurans anda.

Kaedah Pembayaran. Untuk makluman, bahawa semua pembayaran yang dilakukan secara atas talian akan terus ke dalam akaun bank syarikat kami “Perniagaan Halim Hazim” dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas akaun pihak ketiga.

Pengekalan maklumat. Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda hanya selama yang diperlukan dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Pautan ke laman web lain (hyperlink). Laman digital kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang tidak dikendalikan oleh kami bagi tujuan memberikan informasi tentang sebarang perubahan yang berlaku dari segi penguatkuasaan dari pihak berkuasa yang berkaitan. Kami tidak mempunyai kawalan dan tidak akan bertanggungjawab atas kandungan, dasar privasi atau terma & syarat mana-mana laman web atau perkhidmatan pihak ketiga.

Perubahan pada Dasar Privasi. Kami mungkin mengemas kini Dasar Privasi kami dari semasa ke semasa. Kami akan memberitahu anda tentang perubahan dengan mempamerkan Dasar Privasi baru di halaman ini.